Petua naikkan seri wajah dan buang aura negatif

Petua naikkan seri wajah dan buang aura negatif

 

Sesetengah orang beranggapan aura negatif di dalam badan boleh mendatangkan ‘malang’ dan tidak bernasib baik.

Antara cara untuk menghilang aura negatif adalah dengan mencuba petua naikkan aura seri untuk kekal positif.

Menerusi pengguna TikTok bernama Dahlia Suhaida, cara ini difahamkan boleh membantu anda untuk tampil dengan lebih yakin.

Mudah sahaja. Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Limau purut 3/5/7 biji
  • Air mawar
  • Bunga mawar
  • Garam bukit

Cara penyediaan:

1. Potong limau purut dan masukkan ke dalam bekas berisi air.

2. Kemudian tabur bunga mawar atau sedikit air mawar yang dibeli di kedai.

3. Masukkan garam bukit dan mandi menggunakan air ini.

4. Baca Bismillah dan selawat. Niat di dalam hati:

“Ya Allah, bersihkan rohani dan jasmaniku. Naikkanlah aura dari dalam diriku.”

InsyaAllah dengan izinNya, aura negatif dalam diri dapat dibuang.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!