Petua mudah bersihkan minyak masak yang tercemar akibat kesan gorengan makanan

Petua mudah bersihkan minyak masak yang tercemar akibat kesan gorengan makanan

 

Bila dilihat harga minyak sekarang mesti terus rasa nak jimat, apatah lagi pembelian minyak paket sukar dicari.

Kalau harga dah mahal mesti sebolehnya kita nak guna lebih daripada sekali tapi kalau lepas masak mesti ada kesan goreng.

Pengguna TikTok, @richard_is_cooking berkongsi petua mudah untuk membersihkan minyak masak yang tercemar akibat kesan gorengan makanan.

Petua mudah ini hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu air kosong dan tepung jagung.

Cara-cara:

1- Panaskan minyak yang tercemar dan mempunyai sisa-sisa gorengan di dalam kuali.

2- Campurkan sesenduk tepung jagung dan air kosong di dalam sebuah bekas kecil.

3- Kemudian, masukkan campuran itu ke dalam kuali yang sudah panas.

4- Goreng seketika, dengan cara ini, kotoran dalam minyak akan diserap oleh tepung jagung berkenaan.

5- Minyak masak anda kembali jernih, boleh disimpan di dalam bekas dan sedia untuk digunakan semula pada masa akan datang.

Tapi jangan menggunakan minyak lebih daripada tiga kali kerana menurut Public Health Malaysia ia boleh memberi kesan negatif pada badan.

Berikut merupakan tujuh risiko penggunaan minyak masak terpakai:

  • Hasilkan radikal bebas yang menyebabkan radang
  • Risiko kanser
  • Salur darah tersumbat
  • Penyakit jantung
  • Kolestrol meningkat
  • Pembentukan lemak-trans
  • Penyakit alzheimer, parkinson
@richard_is_cooking

Minyak goreng sudah kotor,boleh guna lagi?#tiktokguru #minyakgoreng #tiktokchef #myfoodie #masakdirumah

♬ I LOVE YOU – Kevin Rater