Petua berkesan hilangkan jeragat & tompok hitam, hanya guna 3 bahan saja, wanita ini kongsi caranya
Apabila memasuki usia 30an mulalah kulit wajah ada jeragat dan tompok hitam jika tidak dijaga sebaiknya.Seeloknya jaga dari awal, untuk elak kulit muka bermasalah dikemudian hari. Ada petua semulajadi yang berkesan dalam menghilangkan jeragat dan tompok hitam pada wajah ini. Hanya guna 3 bahan kulit akan rasa halus, licin dan berseri.
Ikut petua semulajadi yang dikongsikan oleh Hawa ini sebagai rujukan;
RAMAI MINTAK TIP JERAGAT, KALI NIE HAWA SHARE PETUA YANG MENJADI PADA MAK HAWA SENDIRI DENGAN HANYA GUNA LEMON, KUNYIT DAN TEPUNG BERAS DAPAT BANTU HILANGKAN JERAGAT DAN TOMPOK-TOMPOK HITAM. SELEPAS CUCI MUKA KULIT MUKA RASA HALUS JE.
Review jujur selepas basuh muka, kulit Hawa rasa berangin dan betul-betul nampak berseri.
Bahan-Bahan:
1 sudu tepung beras
1/2 sudu serbuk kunyit (nak guna kunyit hidup pun boleh)
1 biji lemon (perah jusnya)
Cara Membuat:
1. Masukkan tepung berad dan kunyit ke dalam mangkuk.
2. Kemudian, masukkan perahan jus lemon tadi dan gaul rata.
3. Gosokkan perlahan-lahan di seluruh kulit muka.
4. Biarkan 5 hingga 10 minit.
5. Setelah itu bilas dengan air sebersih-bersihnya.
Hasilnya selepas basuh muka, kulit Hawa rasa berangin dan betul-betul nampak berseri.
Info Ekstra!
- Amalkan 2 kali seminggu dan buat secara konsisten.
- Lebihan boleh disimpan dalam peti ais tak boleh lebih 3 hari.
@ohana.hq Ramai mintak #tipsjeragat 😊dituruti🫶🏻 .Kali nie hawa #share #petua yg menjadi pada mak hawa sendiri dgn hanya guna LEMON , KUNYIT DAN TEPUNG BERAS .DAPAT #bantu HILANG JERAGAT & TOMPOK2 HITAM.#fyp #tipsjeragat #jeragattreatment #jeragatdegil #darkspot #petuacantik #treatmentwajah #ohanamalaysia #ohanawhiteninglotion