Pesawat terhempas ketika cuba mendarat, empat anak kapal terbunuh

Pesawat terhempas ketika cuba mendarat, empat anak kapal terbunuh

Sekurang-kurangnya empat anak kapal dilaporkan terbunuh selepas sebuah pesawat Agensi Keselamatan Kazakhstan terhempas di Almaty.

Nahas turut mencederakan dua lagi individu.

Menurut Menteri Kecemasan Kazakhstan, mereka yang cedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Pesawat Tentera AN-26 itu terhempas ketika cuba mendarat di lapangan terbang terbesar di Kazakhstan itu.

Semasa kejadian, pesawat dalam perjalanan dari Bandar Nur-Sultan dan membawa enam anak kapal.

Susulan itu, punca nahas sedang disiasat pihak berkuasa.

Pesawat AN-26 itu direka pada 1960-an dan dicipta khusus untuk kegunaan awam dan tentera. – AA