Pesawat ringan terhempas dalam kebun sawit, serpihan bangkai jatuh berhampiran rumah penduduk kampung

Pesawat ringan terhempas dalam kebun sawit, serpihan bangkai jatuh berhampiran rumah penduduk kampung

 

Sebuah helikopter ringan dilaporkan terhempas di kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang pada tengah hari Selasa.

Menerusi foto yang dikongsi di media sosial, kelihatan serpihan helikopter ringan itu bertebaran di atas tanah.

Malah, sebahagian komponen helikopter itu turut jatuh berdekatan sebuah rumah.

Sebuah video berdurasi 38 saat pula menunjukkan sekumpulan penduduk kampung sedang memasuki kawasan kebun untuk mencari serpihan helikopter berkenaan.

“Dia meletup kat sini, ekor jatuh kat sini,” ujar seorang lelaki dalam video itu.

“Abang cuba cari dekat depan sana,” ujar seorang wanita pula.

Dalam pada itu, @julianaNewsMPB di laman X melaporkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian itu.

Malah, polis juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung kemalangan itu dalam masa terdekat.