Pesara tentera laut raih RM8k sebulan hasil kutip bola golf

Pesara tentera laut raih RM8k sebulan hasil kutip bola golf

 

Pesara tentera laut raih RM8k sebulan hasil kutip bola golf

Pesara tentera laut yang dikenali sebagai Sumadi Ibrahim, 51, menjadi perhatian ramai apabila kini bekerja sebagai kutip bola golf sehingga meraih pendapatan lumayan berjumlah RM8,000 sebulan.

Difahamkan, Sumadi sudah berkhidmat selama 22 tahun berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia ditugaskan dalam kapal-kapal yang meronda perairan penuh dengan ikan jerung di kepulauan Pasifik.

Kini, beliau memilih pekerjaan sebagai pengutip bola golf yang tenggelam di dalam tasik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sebagai mata pencariannya.

kutip bola golf

Difahamkan, beliau mampu mengumpul antara 500 dengan 600 biji dan kemudiannya menjual balik kepada pemain golf yang kehilangan bola-bola golf mereka.

Sumadi yang sudah bersara sejak tahun 2014 akan melakukan tugas tersebut tiga kali seminggu pada waktu malam tanpa menggunakan peralatan pernafasan.

“Saya tidak bawa lampu suluh. Hanya cahaya bulan yang menjadi sumber cahaya saya.

“Saya menggunakan tangan sebagai penyapu. Apabila tangan dan kaki saya bersentuhan dengan objek tertentu, saya dapat mengetahui sama ada ia bola atau sebaliknya,” katanya.

kutip bola golf

Pun begitu, Sumadi turut menghadapi cabaran ketika menjalankan tanggungjawabnya terutamanya bimbang sekiranya berlaku kekejangan semasa menyelam.

Disebabkan itu, beliau mempunyai seorang pembantu peribadi untuk memantaunya bagi menggelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Tasik padang golf sering mempunyai duri sawit, serpihan cengkerang siput. Airnya gelap jadi saya sering memijaknya.

“Saya sentiasa bimbang tentang kekejangan. Jadi untuk mengurangkan risiko, saya mengupah pembantu sambilan untuk berjaga-jaga semasa saya menyelam.

“Jika sesuatu berlaku, seperti saya tersepit atau cedera, sekurang-kurangnya ada seseorang untuk membantu saya,”ujarnya lagi.