Pertama kali jumpa menantu, reaksi Abby Abadi jadi perhatian

Pertama kali jumpa menantu, reaksi Abby Abadi jadi perhatian

 

KEHADIRAN Syawal pastinya sungguh bermakna buat pelakon Abby Abadi apabila seluruh ahli keluarga dapat berkumpul termasuk anaknya perempuannya Marissa Dania bersama suami iaitu Aslam.

Selepas kecoh kisah mereka menjadi bualan ramai sebelum ini, hubungan antara keluarga dilihat kembali jernih dengan kehadiran Marissa yang meraikan 1 Syawal bersama.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, juga menganggap Hari Raya Aidilfitri kali ini memberi ruang buat memperbaiki semua kesilapan lalu.

“Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki.

“Setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati,” katanya.

Abby menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Khamis berserta video kehadiran Marissa membawa Aslam bertemu keluarga.

Mereka meraikan raya bersama di rumah ibu kepada bekas suami Abby iaitu Norman Hakim yang terletak di Kuantan, Pahang.

Meneruis video berkenaan, kelihatan Aslam dan Marissa tiba disambut oleh Norman dan Memey.

Mereka kemudian datang bertemu Abby yang sudah ada di sana.

Abby juga dilihat memeluk erat Marissa sebelum dia bersalaman dengan menantunya, Aslam.

Perkongsian tersebut mendapat pujian banyak pihak selain terus mendoakan kebahagian keluarga besar mereka.

Untuk rekod, Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.