Persis sebuah apartment, ini keadaan ‘B0mb Sh3lters’ di I5R43L untuk kegunaan rakyatnya

Persis sebuah apartment, ini keadaan ‘B0mb Sh3lters’ di I5R43L untuk kegunaan rakyatnya

Namun, warga Israel ‘bernasib baik’ kerana adanya Iron Dome yang mampu menghalang serangan udara dan siren amaran yang akan berbunyi lalu memberitahu bahawa kawasan perumahan mereka akan diserang oleh pihak Briged Al-Qassam dan pejuang jihad Palestin yang lain.

Tidak cukup itu, keselamatan warga Israel juga dipertingkatkan dengan wujudnya pembinaan tempat perlindungan serangan udara dan bom di bawah tanah. Setelah siren amaran berbunyi, rata-rata mereka akan bergegas berlari dan berlindung di tempat tersebut.

53dfb8af6da8114663af27ea

KELIHATAN WARGA ISRAEL MENYELAMATKAN DIRI SEMASA PERANG DI ASKELON PADA 2014. SUMBER INSIDER

53dfbd2aeab8eaea37dfd633

TEMPAT PERLINDUNGAN BAWAH TANAH DI TEPI PANTAI. SUMBER: INSIDER

Setakat ini dilaporkan hampir sejuta tempat perlindungan bom bawah tanah telah dibina untuk 9 juta penduduk Israel. Sebilangan besar ia dibina di setiap kawasan perumahan, tempat awam dan kawasan perindustrian di seluruh bandar Israel dan wilayah jajahannya. Malah ada juga yang dibina di tepi pantai Israel.

Berikutan warga Israel yang terlalu kerap bersembunyi di dalam tempat ini, ia semakin lama telah mengalami pelbagai perubahan dan diubah suai moden menjadi studio tarian, gimnasium, bar, tempat bersantai, sekolah dan ruang bekerja untuk kesenangan mereka.

BAR BAWAH TANAH DI ASKELON. SUMBER INSIDER.

RUANG SANTAI BAWAH TANAH DI ASKELON. SUMBER INSIDER

STUDIO TARIAN. SUMBER: INSIDER

GIMNASIUM BAWAH TANAH DI ASKELON. SUMBER: INSIDER

RUANG KERJA DI BAWAH TANAH ASKELON, SUMBER: INSIDER

 

Bukan sahaja dijadikan tempat untuk berlindung daripada serangan bom dan peluru berpandu, bahkan mereka mendakwa bahawa tempat bawah tanah ini mampu melindungi diri mereka menjelang tibanya hari kiamat.

Memetik laporan The Guardian, sejak bangsa Yahudi Zionis menjajah Palestin dan membina negara haram Israel pada tahun 1948, rasa tidak selamat dengan ancaman musuh sering kali menghantui mereka.

Disebabkan itu, Israel telah memulakan semula pembinaan tempat perlindungan bom ini bermula di Jerusalem selepas berlakunya peperangan Intifada kedua pada tahun 2000. Perang tersebut telah menyaksikan ramai rakyat Israel terkorban disebabkan serangan bom berani mati yang dilakukan oleh pejuang jihad warga Palestin.

Oleh itu, ia dibina dengan pelbagai saiz serta menggunakan bahan kalis bom dan tingkap kalis letupan bagi melindungi rakyat Israel. Segala kemudahan ini mungkin dilihat sebagai insfrastruktur yang mengutamakan nyawa warga Israel.

Namun dari sudut pandang lain, jelas kelihatan bahawa rakyat Israel ini sebenarnya sangat pengecut dan hanya tahu menyembunyikan diri mereka semasa berlakunya peperangan antara tentera Zionis dan Palestin. – TV