Pernah viral kisah Czer 8 kali, ramai dedahkan arwah & suaminya didakwa songlap duit buat rumah

Pernah viral kisah Czer 8 kali, ramai dedahkan arwah & suaminya didakwa songlap duit buat rumah

 

“Bersalin di dunia & berpantang di syurga”, itulah ayat sebutan ramai setelah membaca berita mengenai pemergian seorang ibu muda yang katanya ‘tewas’ setelah melahirkan anak ke-11.

Berkahwin seawal usia 18 tahun, Allahyarhamah dilaporkan telah menjalani proses melahirkan secara czer sebanyak 8 kali.

Perempuan ini & suaminya telah menipu ramai orang

Berita itu cukup membuatkan ramai sebak sekali gus menjadi bukti betapa besarnya pengorbanan seorang isteri.

Pun begitu, muncul pula pendedahan terbaru yang kurang enak mengenai dakwaan dirinya dan suami terlibat dengan kerja-kerja penipuan duit projek pembinaan rumah.

Suaminya masih terlepas… Ramai tak halalkan dunia akhirat

Menerusi FB individu bernama Puan Nina Kirana, katanya memang ramai orang yang sudah terperangkap dengan sindiket penipuan pasangan scammer terbabit sehingga kerugian berpuluh ribu ringgit.

Hasil carian juga mendapati terdapat sebuah grup FB khas ditubuhkan bagi mengumpul individu malang yang menghadapi pembohongan sama.

Jalan penyelesaian belum nampak… Tuntutan buat kepada pihak keluarga Allahyarhamah

Daripada kisah bekas staf di syarikat pembinaan itu, mereka juga nekad berhenti kerja setelah dapat menghidu tentang modus operandi suami isteri terbabit.

Siapa sangka, rupanya kerja-kerja penipuan ini sudah berlaku sejak tahun 2014 lagi.

Justeru buat peringatan netizen di luar sana, anda dinasihati tidak termakan dengan promosi & tawaran pembinaan rumah yang terlalu murah modalnya.