Pernah viral buang bekas isteri dari syarikat, founder baju Melayu tiba-tiba upload video ex-wife

Pernah viral buang bekas isteri dari syarikat, founder baju Melayu tiba-tiba upload video ex-wife

 

Sekitar tahun lalu sempat kecoh dengan pendedahan daripada seorang usahawan terkenal bernama Nuramirah mengenai suaminya yang cukup mengejutkan.

Wanita berkenaan mendedahkan pasangannya itu dalam diam telah menyingkirkan namanya dari syarikat milik mereka berdua tanpa pengetahuan.

Kisah tersebut telah pun diceritakan sendiri menerusi satu sesi live di Instagram serta beberapa posting lain.

Alhamdulillah almost 2 tahun…Pasti Allah merancang sesuatu yang lebih baik

Malah lebih sedih lagi semuanya berlaku ketika wanita itu sedang sarat mengandung zuriat kedua dan hanya terbongkar selepas 3 tahun.

Namun tak lama selepas episod duka berkenaan, Nuramirah mengumumkan sudah pun selamat berpisah meskipun pada awalnya lelaki berkenaan enggan berikan kerjasama yang baik.

Viral Pisah Buang Isteri Dari Syarikat? Founder Tiba Upload Video Pasal Ex Wife 3

Sayang, are you okay…Hidup ini akan selalu bagi dugaan

Kini, Nuramirah bahagia meneruskan hidupnya sebagai ibu tunggal bersama dua orang cahaya mata.

Malah usahawan ini juga kelihatan sudah mula move on selain turut dilihat berkenalan dengan individu lain serta keluar bersama.

Walau bagaimanapun, bekas suaminya dikenali sebagai El Azman tiba-tiba sahaja dilihat telah memuat naik satu video sewaktu menghadiahkan ‘gift Singa’ ketika wanita tersebut sedang melakukan live di TikTok.

@elazman

sultan pemurah 😝

♬ original sound – motivasi_fiqsam – motivasi_fiqsam

Orang kalau dah move on memang tak pandang belakang dah bang…Dah takde baru kita rindu, depan mata tak hargai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui tertanya-tanya apakah motif sebenar El muat naik content sedemikian. Dalam pada itu, ada juga yang sempat berseloroh mengatakan mungkin founder tersebut merindukan bekas isterinya.

Viral Pisah Buang Isteri Dari Syarikat? Founder Tiba Upload Video Pasal Ex Wife 4Viral Pisah Buang Isteri Dari Syarikat? Founder Tiba Upload Video Pasal Ex Wife 5Viral Pisah Buang Isteri Dari Syarikat? Founder Tiba Upload Video Pasal Ex Wife 6