Pernah tular kongsi kisah ‘family’ positif Covid-19, pemuda meninggal secara tiba-tiba
Sejak awal tahun ini, banyak khabar duka berkenaan pandemik Covid-19. Ada sahaja kisah dikongsi berkenaan ahli keluarga yang dijangkita wabak tersebut sehingga seorang demi seorang dijemput ambulans ke pusat kuarantin.
Hal ini samalah seperti satu perkongsian yang tular sekitar Januari lalu apabila seorang pemuda memaklumkan dari tujuh orang ahli keluarganya, hanya 3 sahaja yang tersisa dirumah setelah empat daripadanya disahkan positif Covid-19.
Dari tujuh orang dekat rumah skrng tinggal tiga orang, kakak dengan adik perempuan aku dekat maeps, kakak aku lagi sorang dekat hospital sungai buloh , satu lagi arwah abang ipar aku yang telah meninggal dunia awal pagi tadi di hospital sungai buloh kerana covid. pic.twitter.com/ocf2xR9b0M
— yoyotode 🇲🇾 (@Zyxyo) January 19, 2021
Muat naik tersebut mendapat lebih daripada 35 ribu lebih perkongsian semula di Twitter dan benar-benar viral kerana salah seorang ahli keluarga meninggal dunia disebabkan pandemik ini.
Kakak maklumkan adik dah meninggal
Namun, siapa sangka, khabar duka untuk keluarga tersebut tidak terhenti disitu sahaja kerana pemuda yang memuat naik kisah mereka itu juga telah dijemput Ilahi pada pagi tadi.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri kakaknya menggunakan nama @ulttlemonron apabila memberitahu yang adiknya, Amirul Aqmal telah kembali kerahmatullah pagi tadi selepas mengadu sakit kepala dan sesak nafas secara tiba-tiba.
Semalam sihat, harini sudah tiada
Menurut kakak pemuda itu, mereka sekeluarga sangat terkejut kerana allahyarham berada dalam keadaan sihat dan menjalani hari-hari sebelum ini seperti biasa. Namun tidak menyangka bahawa dia akan pergi selamanya pagi tadi.
Malam tadi kau sihat je. Makan byk ,tgk bola apa semua. Lepastu pgi ni. Kau betul betul pergi. Pergi selamanya. YaAllah. pic.twitter.com/1LpimLldf9
— 𝔞𝔪𝔟𝔯𝔬𝔰𝔢🚬 (@ulttlemoron) June 16, 2021
Perasan terkejut & tak sangka
Tambah wanita itu lagi, mereka sekeluarga sedaya upaya membantu memberikan bantuan kecemasan sebelum ambulans datang namun, allahyarham telah pun pergi buat selamanya di hadapan ahli keluarga.
Lebih menghibakan adalah barang yang dipesan menerusi alikasi beli-belah atas talian baru sahaja sampai dan belum lagi dibuka olehnya.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet serta rakan-rakannya telah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Amirul Aqmal yang bersedih diatas pemergian pemuda itu.
Mereka juga terkejut mendengar khabar duka berkenaan selepas perkongsiannya berkenaan kehilangan ahli keluarga disebabkan Covid-19 tempoh hari masih segar diingati oleh warganet terutamanya pengguna Twitter.
Sumber: ohmymedia & Twitter @ulttlemonron