Pernah tular kes scam pakej perkahwinan, ‘wedding planner’ rayu beli buku untuk bayar hutang

Pernah tular kes scam pakej perkahwinan, ‘wedding planner’ rayu beli buku untuk bayar hutang

 

Seorang wedding planner rayu beli buku atas talian karyanya bagi membolehkan hutang-hutang yang ditanggung dapat dibayar segera.

Perkara ini dikongsikan menerusi akaun TikTok dengan memaklumkan dirinya kini membuat perniagaan kecil-kecilan demi menampung perbelanjaan harian serta rawatan disebabkan beberapa penyakit kronik dihidapi.

Tak hanya itu, dia juga memberitahu mahu menjual hasil karya iaitu buku tulisannya untuk kelangsungan hidup.

Wedding planner rayu beli

Ujarnya, buku terbabit merupakan karya yang dikumpul daripada hasil menimba ilmu sepanjang tujuh tahun dengan menghadiri pelbagai kursus termasuklah resepi masakan kemudian membukukannya.

Jadi, dia mahu menjual karya tersebut agar dapat menampung perbelanjaannya termasuklah rawatan untuk beberapa penyakit kronik dihidapi.

“Dengan rendah hati saya ingin menjual hasil karya saya untuk belanja perubatan dan kelangsungan hidup saya. Dengan keadaan serba kekurangan, saya tetap perlu berusaha untuk mencari duit untuk meneruskan kehidupan,” tulisnya.

@zurinjundi

tolong la sebarkan video saya #zurinjundi ebook #fyp

♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

Dalam pada itu, niat dia menjual karya terbabit adalah untuk membayar hutang susulan ramai yang kembali menagih hutang-hutang susulan tindakan pihaknya yang didakwa banyak menipu pasangan yang ingin berkahwin satu ketika dahulu.

Hal ini susulan banyak komen menceritakan pengalaman masing-masing yang menjadi mangsa penipuan wedding planner terbabit sehingga mencecah puluhan ribuan ringgit.

Ujar mereka, sukar bagi menghalalkan hutang-hutang tersebut kerana begitu banyak menanggung kerugian lebih-lebih lagi pada hari bahagia.

Susulan daripada itu, wedding planner berkenaan meminta agar mangsa penipuan meninggalkan mesej kepadanya untuk tindakan selanjutnya.

Ada juga yang mengatakan mungkin wedding planner berkenaan mencuba nasib seperti usahawan, Datuk Red yang kembali rancak menjana pendapatan walaupun sebelum ini sudah muflis serta ditagih hutang sehingga jutaan ringgit daripada mangsa-mangsa penipuan perniagaannya.

wedding planner rayu beli buku

Apa-apa pun semoga urusan wanita terbabit dipermudah dan dapat mencari pendapatan agar boleh menjalani kehidupan serta membayar hutang-hutang yang ditanggung disebabkan kesalahan lampau.