Pernah terima Anugerah Khidmat Cemerlang, penjawat awam maut jatuh dari tingkat 21 kondominium

Pernah terima Anugerah Khidmat Cemerlang, penjawat awam maut jatuh dari tingkat 21 kondominium

 

Seorang penjawat awam maut jatuh tingkat 21 di sebuah kondominum di Kuala Lumpur dipercayai pernah  menerima Anugerah Khidmat Cemerlang sepanjang perkhidmatannya.

Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin memaklumkan yang pihak mereka telah menerima panggilan melaporkan kejadian tersebut kira-kira jam sepuluh malam kelmarin.

“Mangsa berusia 40 tahun itu ditemukan terbaring di kaki lima di kediaman berkenaan oleh pengawal keselamatan,” katanya.

Difahamkan, mangsa adalah seorang wanita dan mempunyai lima orang cahaya mata telah ditemui terbaring di kaki lima blok C kondominium berkenaan.

Beberapa gambar lokasi mayat mangsa ditemui juga tular di media sosial termasuklah kerosakan sebuah kereta.

Setakat ini, pihak berkuasa mengklarifikasikan kejadian tersebut sebagai mati mengejut dan siasatan masih diteruskan.