“Pernah tak Ustaz beranak? Ini masalah wanita tau!” – Ustazah Siti Afifah

“Pernah tak Ustaz beranak? Ini masalah wanita tau!” – Ustazah Siti Afifah

 

Selepas penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau disapa UAI menjelaskan dakwaan lelaki ‘dayus’ kerana membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki, nampak gayanya tidak terhenti di situ.

Penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin bersuara lagi dengan menyelar kenyataan yang disuarakan oleh UAI.

Ini masalah wanita!

Menerusi video di TikTok yang tular, Siti Afifah menyifatkan UAI tidak memahami dengan hukum Allah SWT.

Minta maaf Ustaz Azhar Idrus. Saya seorang wanita yang mengalami pengalaman mengandung dan beranak. Ini masalah wanita tau ustaz! Masalah wanita!

Yang meletakkan hukum dayus, tanda-tanda lelaki dayus adalah Allah Taala. Jadi, apa saya nak cakap dekat ustaz.. mungkin terlepas pandang.

Selain itu, Siti Afifah turut mempersoalkan diri UAI yang tidak pernah merasai pengalaman perit wanita ketika melahirkan anak.

Saya nak tanya sebagai ustaz apa komen bila dengar seorang doktor pelatih berkongsi pengalaman mereka menyambut wanita bersalin. Ustaz pernah ke duduk di tempat wanita bersalin?

Ustaz pernah ke rasa sakit beranak? Ya betul ustaz ada isteri. Tapi, pernah tak ustaz menjadi wanita yang beranak.

Apa usaha ahli ulama?

@m_hafizek

Replying to @s_yqjs ini apa yg dia Kata UAI tak faham bab hukum

♬ original sound – MR H A F I Z E K – MR H A F I Z E K

Dalam pada itu, Siti Afifah bertanya apa tindakan yang akan diambil oleh UAI demi mempertahankan maruah wanita yang didakwa sudah ‘dirobek’ oleh doktor lelaki.

Dalam masa sama, apa tindakan ustaz sebagai ulama melihat doktor membuat kajian kepada wanita dengan menyeluk, main-main dekat dalam (kemaluan) dan sebagainya.

Apa ustaz perjuangkan selama ini? Tidakkah berasa ini sebagai tanggungjawab ulama dan ustaz? Mana jiwa kamu? Ini pasal maruah wanita. Jangan mudah nak halal haram.

Apa usaha ustaz nak mempertahankan maruah wanita apabila suaminya di luar kemampuan? Apa usaha ustaz yang mempunyai pengikut ramai sampaikan kepada kerajaan bahawa wanita-wanita tidak reda dijadikan bahan kaji.

Ustaz tau tak sakit dirodok di bawah (kemaluan) macam mana? Bukan seorang atau dua (doktor) yang masuk (kemaluan). Itu belum lagi tangan bukan Muslim. Tangan lelaki tau tak macam mana?