“Pernah menang award tak?” – ‘Show off’ pencapaian sebab nak tunjuk lebih hebat, netizen kata Fathia Latiff tak matang

“Pernah menang award tak?” – ‘Show off’ pencapaian sebab nak tunjuk lebih hebat, netizen kata Fathia Latiff tak matang

 

Nampaknya, isu menyindir terhadap pelakon, Zahirah Macwilson dan juga suami, Aiman Hakim Ridza tidak berakhir apabila Fatiya Latiff memuat naik pula foto dia pernah memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29.

Menerusi posting yang dimuat naik, Fathia didakwa mengajukan soalan kepada Zahirah sama ada pelakon tersebut pernah meraih anugerah ataupun tidak.

Bukan itu sahaja, Fathia turut menulis kes selesai sambil membuat kesimpulan dan meletakkan emoji ‘crown’.

fathia zahirah macwilson

Berikutan daripada itu, rata-rata netizen dilihat membanjiri ruangan komen Fathia.

Netizen mendakwa Fathia tidak matang dan dengki dengan kejayaan yang diraih oleh Zahirah pada waktu ini.

Bukan itu sahaja, netizen berharap Fathia berjumpa dengan pakar psikologi bagi mendapatkan ketenangan semula.

Berdasarkan pemerhatian, ruangan komen hantaran tersebut telahpun dipadam selepas warganet tampil mengutuk tindakan Fathia yang dianggap tidak matang.