Pernah hilang diambil bunian, perkongsian gadis ini raih perhatian ramai

Pernah hilang diambil bunian, perkongsian gadis ini raih perhatian ramai

 

Memang ianya tidak dapat dinafikan, alam mistik sememangnya wujud dan mungkin anda juga sudah biasa mendengar mengenainya. Macam baru-baru ini, perkongsian seorang gadis tentang kisahnya diambil bunian satu ketika dahulu mencuri tumpuan ramai.

Walaupun mungkin ada yang tidak percaya dengan kisah mistik seperti ini namun ianya seringkali terjadi dalam kalangan masyarakat. Sampaikan ada yang akan berhati-hati setiap kali masuk ke hutan untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.

@dayanaradzuan

Reply to @rxse_qvartz nah summary cerita 😬

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Menerusi video yang dikongsikan ini, gadis itu memberitahu kejadian itu berlaku semasa dia masih lagi di dalam kandungan ibunya. Pada waktu tersebut, ibunya berada di kawasan air terjun sementara melihat ahli keluarga yang lain bermandi manda di sana.

Dalam masa yang sama, ibunya hanya duduk di tepi sahaja dan tidak menyertai yang lain. Namun tidak semena-mena, perutnya kemudian mula berasa sakit. Sebaik sahaja tiba di hospital, doktor memberitahu bayi di dalam kandungannya telah tiada.

kisah bunian

Mereka sekeluarga kemudian sempat berjumpa dengan pak cik mereka yang arif mengenai hal seperti ini. Menurutnya, bayi tersebut telah dibawa lari oleh bunian semasa wanita itu berada di kawasan air terjun tersebut.

Perkara ini berlarutan sehinggalah doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang kandungan dalam perut. Namun mujur doktor sekali lagi melakukan pemeriksaan dan mendapati degupan jantung bayi sudah kembali seperti biasa.

“Akak mesti ada kelebihan eh nampak kelibat atau feels kehadiran dorang kan.”

gadis

“Nasib doc tu terdetik hati nak check balik.”

bunian

“Saya percaya sebab pernah kena kat family saya sendiri…”

komen

“Sebenarnya baby still ada dalam tu cuma kena lindung dari mata kasar…”

tik tok