Pernah datang rumah potong rumput, lelaki tergamak ragut warga emas

Pernah datang rumah potong rumput, lelaki tergamak ragut warga emas

Seorang lelaki tergamak meragut wanita warga emas berusia 75 tahun sehingga mangsa cedera di leher dalam kejadian di rumahnya di Batu 9, Chemor, Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Hassan, berkata ketika kejadian suspek berusia 29 tahun mendatangi mangsa yang sedang masak dan bertanya sama ada wanita itu mengenalinya atau tidak.

Katanya, mangsa mengakui pernah melihat lelaki itu ketika suspek datang ke rumahnya untuk memotong rumput beberapa bulan lepas.

“Semasa sedang berbual, mangsa masuk ke dapur dan suspek yang mengekori dari belakang merentap rantai emas dipakai wanita itu yang dianggarkan bernilai RM2,000,” katanya menurut laporan Kosmo.

Yahaya berkata, suspek kemudian terus melarikan diri melalui pintu depan.

Sumber: FMT