Perlu ditepuk & berzikir untuk tidur seakan trauma, jururawat kongsi pengalaman rawat Bella

Perlu ditepuk & berzikir untuk tidur seakan trauma, jururawat kongsi pengalaman rawat Bella

 

Ketika ini seluruh negara dihangatkan dengan isu berkenaan adik Bella yang disyaki menjadi mangsa penderaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.

Isu ini mendapat perhatian netizen yang geram dan sedih setelah adik Bella diperlakukan sedemikian.

Tular di TikTok selepas seorang jururawat berkongsi satu hantaran video yang menunjukkan pengalamannya sepanjang menjaga adik Bella di hospital.

Perlu ditepuk dan berzikir untuk tidur

Menerusi perkongsian video tersebut, jururawat itu mengatakan bahawa adik Bella akan menjerit dan tidak lena tidur pada hampir setiap malam seakan trauma dengan apa yang menimpanya sebelum ini.

Setiap malam kena monitor dia. Kadang pernah kena tepuk, zikir sikit baru dia tidur.

Tambah jururawat itu lagi, sepanjang dia merawat dan menjaga adik Bella, kanak-kanak terbabit disenangi oleh jururawat yang lain suka membantu mereka ketika bekerja.

Tiap kali kerja dia mesti tolong. Semua makcik kat sini kenal dia.

Video yang dikongsikan ini turut mendapat respon dari netizen. Rata-rata mereka sebak melihat hantaran video berkenaan dan berterima kasih kepada semua jururawat yang menjaga adik Bella.

Jururawat ini bagaimanapun telah memadam posting asal di TikTok setelah dikecam melanggar etika pekerjaan.

Semoga adik Bella terus tabah dan keadilan untuknya ditegakkan.

@malaysianupdatenews

#justiceforbella #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate 📽 Mizzsyaza

♬ Cinta Sampai Mati – Kangen Band