Perkongsian Mizz Nina di IG story curi perhatian selepas muat naik foto Noh & anak

Perkongsian Mizz Nina di IG story curi perhatian selepas muat naik foto Noh & anak

 

Bulan lalu, pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengejutkan industri hiburan apabila mengumumkan mengenai perceraian mereka.

Bagaimanapun, perkongsian kedua mereka masih lagi menjadi perhatian ramai, termasuk baru-baru ini apabila Mizz Nina memuat naik petikan tentang kecurangan dalam sebuah hubungan.

Memetik mStar Online, difahamkan Mizz Nina berkongsikan petikan tulisan Qasim Rafique dari Scottish Relationship menceritakan tentang godaan adalah satu bentuk kecurangan dimana ia melanggar sempadan sesebuah hubungan.

Difahamkan, sebelum ini Mizz Nina ada memuat naik foto bekas suaminya itu bersama anak angkat mereka iaitu Musa di Insta Story.

Sementara itu, menerusi Instagram Noh dilihat turut memuat naik gambar sama namun tiada sebarang kapsyen dan ruangan komen ditutup.

Terdahulu, penyanyi Noh Hujan dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 sebelum mengumumkan perceraian mereka pada Ogos lalu dan kini masing-masing membawa haluan sendiri.