Perkahwinan Diraja bakal berlangsung Ogos ini, timbul spekulasi Tengku Puteri Afzan bercinta dengan bekas kekasih Ameera Khan?

Perkahwinan Diraja bakal berlangsung Ogos ini, timbul spekulasi Tengku Puteri Afzan bercinta dengan bekas kekasih Ameera Khan?

 

Baru-baru ini, tular khabar angin mengenai perkahwinan Tengku Afzan Aminah Hafizatullah iaitu puteri pertama Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billa Shah dan Permaisuri Agong sedang ‘hangat’ bercinta.

Lagi menjadi bualan warganet apabila tular spekulasi Tengku Afzan kini sedang bercinta dengan bekas kekasih pempengaruh, Ameera Khan iaitu Fd Idzham.

Ia susulan tular satu video yang dimuat naik di platform TikTok memaparkan kedua-dua individu itu hingga timbul pelbagai andaian serta spekulasi.

tengku afzan

Sebelum ini, tular komen Tengku Ampuan Pahang di platform TikTok menghebahkan perkahwinan Tengku Afzan bakal dilangsungkan pada Ogos tahun ini.

Namun begitu, sumber rasmi daripada pihak Istana Pahang belum mengesahkan lagi mengenai khabar angin tersebut.

tengku afzan

Sekadar info, Ameera Khan pernah menjalani hubungan bersama Fd Idzham sebelum ini tetapi hubungan tersebut tidak bertahan lama dan kini adik kepada Neelofa itu dikhabar masih berstatus single.