Peringatan, Pemohon pengeluaran khas KWSP tidak perlu buat 3 perkara ini

Peringatan, Pemohon pengeluaran khas KWSP tidak perlu buat 3 perkara ini

 

Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akhirnya telah dikreditkan ke akaun ahli secara berperingkat mulai 18 April hari ini.

Difahamkan, tarikh asal sebenar pengkreditkan Pengeluaran Khas KWSP tersebut sebenarnya dijadualkan bermula 20 April ini.

Bagaimanapun hasil suara dan rintihan rakyat, akhirnya Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menetapkan pengkreditan tersebut  diawalkan bermula 18 April hari ini.

Justeru, ramai ahli KWSP yang mula menerima wang mereka menerusi akaun bank masing-masing yang telah ditetapkan.

Namun mungkin ada sesetengah ahli yang masih belum menerima kelulusan permohonan tersebut, justeru mereka diminta untuk menyemaknya dari semasa ke semasa.

“Bagi memudahkan urusan, anda digalakkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di portal Pengeluaran Khas, https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/,” jelas KWSP dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak perlu buat tiga benda ini

Dalam pada itu, ahli KWSP yang ingin membuat permohonan Pengeluaran Khas tersebut diminta untuk tidak melakukan tiga perkara sedemikian.

Dalam membuat permohonan, ahli tidak perlu untuk mengakses i-Akaun. Selain itu, ahli juga tidak perlu untuk mengunjungi kios, selain tidak perlu mengunjungi mana-mana cawangan KWSP berhampiran.

Perlu diingat, KWSP telah menetapkan bahawa Pengeluaran Khas hanya akan diberikan kepada tiga jenis golongan yang dibenarkan sahaja.

Menuru KWSP, golongan pertama yang dibenarkan adalah melibatkan ahli-ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun.

Selain itu, golongan kedua pula melibatkan pemohon yang terdiri daripada kategori warganegara dan bukan warganegara termasuklah pemastautin tetap.

Manakala bagi golongan ketiga, hanya ahli yang mempunyai baki atau jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP sahaja yang dibenarkan membuat pengeluaran itu.

Justeru, berbalik kepada pengkreditan yang bermula hari ini, orang awam kini sudah boleh membuat semakan di akaun bank masing-masing.