Perhilitan Perak selamatkan harimau dahan

Perhilitan Perak selamatkan harimau dahan

SEEKOR harimau dahan diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak selepas dikesan berkeliaran di kawasan kediaman penduduk di Bukit Bertam, Selama, Perak hari ini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai haiwan liar terbabit pada 10.50 pagi tadi.

“Harimau dahan atau ‘clouded leopard’ jantan dewasa itu berjaya ditangkap pada 11.24 pagi.

“Harimau itu dianggarkan berusia tujuh hingga lapan tahun dan pemeriksaan sedang dilakukan oleh doktor veterinar bagi mengenalpasti sama ada ia mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost hari ini.

Menurutnya, daripada pemerhatian awal haiwan terlindung itu seperti tercekik sesuatu.

“Harimau itu kini dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai untuk rawatan,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial satu video berdurasi 12 saat menunjukkan seekor harimau berkeliaran berhampiran rumah penduduk dikatakan di kawasan Bukit Bertam, Selama.

Melalui video berkenan jelas menunjukkan haiwan berkenaan seperti kelaparan dan kurus.

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2021/06/02/perhilitan-perak-selamatkan-harimau-dahan/