“Pergunakan laki orang” – Founder produk terkenal dedah perangai ‘licik’ Ruhainies yang ramai tak tahu

“Pergunakan laki orang” – Founder produk terkenal dedah perangai ‘licik’ Ruhainies yang ramai tak tahu

 

Pengasas produk kesihatan dan kecantikan, Aurebelle mendedahkan sikap Ruhainies yang didakwanya pernah bercakap buruk mengenai Bella Astillah.

Ini susulan dakwaan Bella bahawa Ruhainies gemar memburuk-burukkan orang lain di belakang termasuk adik beradik sendiri.

Dakwa individu tersebut, Ruhainies pernah mempersoalkan mengapa pihaknya menjemput Bella menyanyi di acara kerana suara Bella tidak sedap.

bella

founder

Pengasas produk ini mendakwa Ruhainies seorang wanita yang licik dan sesiapa yang dekat dengannya perlu berhati-hati.

Macam-macam dia cerita pasal awak dekat kami. Sebab tu kami pun terkejut tengok bukan main rapat lagi you dengan dia after produk launching.

Pada Februari lalu, Aurebelle meminta Ruhainies membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar kerugian mencecah ratusan ribu ringgit kerana didakwa melanggar kontrak dengan menarik diri dari menjadi duta produk mereka.

Namun Ruhainies berkata pihaknya tidak menandatangani sebarang kontrak dan bayaran pun masih ada yang tertunggak lagi.

bella astillah

Susulan itu, pengasas produk ini turut mendoakan semoga Ruhainies mendapat balasan yang setimpal di atas perbuatannya menganiayai orang lain.

ruhainies aurabelle

founder

ruhainies

Pesannya kepada Ruhainies supaya berhenti bermain sentimen agama untuk menampakkan diri suci kerana kifarah akan tiba suatu hari nanti.

Dalam laporan media sebelum ini, Aurabelle mendakwa Ruhainies gagal menjalankan tugas sebagai duta produk dengan baik.

Syarikatnya juga mendakwa mengalami kerugian yang sangat besar akibat penarikan diri Ruhainies sehingga pengasas mengalami kemurungan.