“Perempuan terpaling fake” – Sarah Yasmine bongkar identiti wanita naik bas dengan Aliff Aziz

“Perempuan terpaling fake” – Sarah Yasmine bongkar identiti wanita naik bas dengan Aliff Aziz

 

Sekali lagi tular foto seorang wanita bersama penyanyi Aliff Aziz menaiki bas pada malam Sabtu.

Menerusi foto tular tersebut, Aliff dan wanita yang tidak didedahkan identitinya itu kelihatan memakai topi dan kaca mata bagaimanapun Sarah mengakui dia mengenali wanita berkenaan.

Katanya lagi, dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti wanita berkenaan sekaligus memanggil wanita tersebut sebagai perempuan terpaling ‘fake’.

“Perempuan tu pandai pula pakai topi, pakai cermin mata. Tak payah pakai topi, cermin mata… aku bongkarkan jugak kau nanti.  Kau pakai mask pun aku kenal lah.

“Perempuan terpaling fake terhadap saya dan Bella. Tapi sanggup pula ya dia naik bas,”ulasnya.

Perkara itu dikongsikan Sarah menerusi sepotong video pendek yang tular di platform TikTok.

Selain itu, Sarah memaklumkan, wanita berkenaan juga turut dikenali Bella.

“Kalau saya beritahu Bella ni, Bella terus WhatsApp dia. Jujur saya cakap, perempuan ni tak takut dengan Bella tapi takut dengan saya.

“Macam mana dia boleh jadi fake towards me and Bella?,”katanya.

@yanaothmann

Awas ya! Sarah Yasmine bukan kaleng2 #fypシ゚viral #aliffaziz #sarahyasmine #bellaastillah #malaysian

♬ original sound – yanaothman – yanaothman

Terdahulu, pendedahan demi pendedahan telah dilakukan Sarah terhadap pelakon Ruhainies, Aliff Aziz, Sophia Albarakbah dan Meerqeen sejak 22 Aptil lalu sehinggalah ke hari ini.

Malah, pendedahan yang dibuat wanita asal Singapura itu mengejutkan ramai pihak termasuklah industri hiburan tempatan.