Perdana Menteri tidak boleh menasihati Agong – Ku Li
AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Perdana Menteri tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong kerana melanggar Perkara 55 Perlembagaan.
Beliau berkata, di bawah Perlembagaan itu, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memanggil Parlimen dalam masa enam bulan daripada tarikh akhir persidangan Parlimen yang lepas.
“Jika tidak Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri telah melanggar Perlembagaan dan sumpah jawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah, baginda menzahirkan pandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Sumber: Malaysiapost