Percutian bertukar tragedi, pelancong Malaysia kena lenyek dengan zirafah di Safari Park Thailand
Percutian bertukar menjadi tragedi buat empat sekawan ini selepas dua daripada mereka diserang oleh sekumpulan zirafah di taman haiwan.
Menerusi perkongsian di Instagram, rakan mangsa menceritakan detik ketika kejadian tersebut berlaku di mana zirafah tersebut turut menyerang salah seorang pekerja taman haiwan terkenal di Thailand iaitu Safari Park, Kanchanaburi.
Menurut @ojennaiwahhh_, mereka telah mengikuti lawatan sambil memberi makan dan bergambar dengan zirafah dan kuda belang di taman haiwan tersebut.
Pada mulanya semua berjalan dengan lancar namun secara tiba-tiba, ketika dia berada di atas kenderaan itu kumpulan zirafah tersebut bertindak agresif dan menyerang rakannya serta pekerja terbabit.
Tambahnya, salah seorang daripada dua rakannya itu sempat mengelak ketika diserang namun seorang lagi mengalami kecederaan akibat dilenyek.
Tetiba waktu ojen tengah ralit bergambar , Kumpulan zirafah tu macam triggered dengan angin atau zebra ojen tak sure menyebabkan diorang semua merempuh kawan kawan yang ada kat bawah.
Tapi tak sangka , dua orang dari rakan travel ojen kena lenyek dengan zirafah. Zuhairi sempat elak tapi tersadung kaki. Malangnya Syafiq tak sempat dan dilenyek.
Berdasarkan video dimuat naik oleh @ashhryyyyyy, Syafiq itu dilihat terduduk di atas tanah dan tangannya juga menggeletar kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku.
Manakala, pekerja taman haiwan tersebut pula sudah terbaring kerana mengalami kecederaan yang lebih serius selepas diserang di kepala dan badannya.
Si Syafiq kene tendang dengan zirafah, nasib baik phone dalam poket kalau phone takde dalam poket mungkin tulang Syafiq dah patah dah. Bayangkan iphone 13 boleh kemek.
Mereka difahamkan bahawa insiden tersebut adalah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku di taman haiwan terbabit dan lebih mengecewakan apabila kaunter hadapan tidak menyimpan peti bantuan kecemasan.
10min terbaring , di atas tanah dalam kesakitan baru kita digerakkan ke kaunter hadapan dan guess what ? Tiada first aid langsung. Memang ojen marah dan mengamuk lah. Terus kami dibawa ke Hospital Private (selepas dibawa ke hosp kerajaan dulu) mengambil masa 1 jam dari Kanchanaburi Safari ke hospital tersebut.