Perbezaan antara kes Najib Razak, Zahid Hamidi dan Syed Saddiq – Peguam

Perbezaan antara kes Najib Razak, Zahid Hamidi dan Syed Saddiq – Peguam

 

PERBEZAAN ANTARA KES DS NAJIB RAZAK, DS ZAHID HAMIDI DAN YB SYED SADDIQ.

SAYA YAKIN HUKUMAN KE ATAS YB SYED SADDIQ TIADA SEBARANG CAMPUR TANGAN POLITIK!

Saya lihat ramai pihak tidak berpuas hati dengan hukuman berat yang dijatuhkan ke atas YB Syed Saddiq. Beliau dijatuhi hukuman penjara 7 tahun dan didenda RM10 juta serta dikenakan dua sebatan atas kesalahan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Apabila orang tanya saya, dengan melihat kepada fakta kes, saya yakin bahawa kes ni tiada kene mengena dengan penganiayaan politik oleh mana-mana pihak terhadap beliau. Terdapat 30 saksi pendakwaan dipanggil untuk membuktikan kes prima facie ke atas pihak pihak SS.

Bagi pendapat saya kes ni agak sukar untuk dibela memandangkan wang dana tersebut dipindahkan daripada akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise dan digunakan untuk diri sendiri yang mana Rafiq Hakim yang membantu beliau melupuskan harta tersebut dipanggil sebagai saksi pendakawaan di Mahkamah bagi membuat kenyataan terhadap YB. (Seksyen 403 dan 406 Kanun Keseksaan)

Terdapat juga wang dikatakan hasil majlis meraih dana berjumlah RM100k juga telah dimasukkan ke dalam akaun ASB SS. Inilah cabaran pihak peguam SS apabila kes mempunyai money trail yang jelas! (Seksyen 4 Akta AMLA).

Pihak pembelaan perlu membuktikan bahawa wang tersebut telah dipindahkan dengan kebenaran parti atau wang tersebut telah dipindahkan bagi membayar kembali hutang parti kepada YB Syed Saddiq.

Mengapa SS dikenakan hukuman sebat namun DS Najib tidak dikenakan hukuman sebat?

  1. Pertuduhan jenayah pecah amanah dan menyalahgunakan harta untuk diri sendiri ke atas SS wajib dikenakan hukuman sebat (Seksyen 403 dan 406 Kanun Keseksaan);
  2. Perlu jelas bahawa hukuman sebat bawah Seksyen 406 dan 403 wajib dikenakan ke atas mana-mana pesalah;
  3. Umur DS Najib lebih daripada 50 tahun tidak boleh dikenakan hukuman sebat (Seksyen 289(c) Kanun Keseksaan); dan
  4. Umur SS baru sahaja berumur 30 membolehkan beliau dikenakan hukuman sebat.

Mengapa DS Zahid Hamidi lepas? Itu bidangkuasa Pendakwa Raya untuk menarikbalik pertuduhan ke atas DS Zahid Hamidi. Namun perlu jelas bahawa beliau hanya dilepaskan tanpa dibebaskan. Pada bila-bila masa beliau boleh dituduh kembali sekiranya pihak pendakwa raya ingin membuka kes pertuduhan kembali ke atasnya.

Hentikan sebarang tohmahan yang tidak berasas ke atas hakim yang bijaksana dengan memahami fakta kes ini dengan hati yang terbuka. YB SS masih berhak untuk merayu atas hukuman serta keputusan hakim di Mahkamah Rayuan kelak.

Harap jelas tentang perbezaan kes DS Najib, DS Zahid Hamidi dan YB Syed Saddiq.

Mahmud Jumaat