Perbesar isu teguran Hasni, netizen kecam Puad Zakarshi

Perbesar isu teguran Hasni, netizen kecam Puad Zakarshi

 

Datuk Mohd Puad Zakarshi, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor dikecam netizen kerana memperbesar-besarkan isu teguran yang dibuat oleh Datuk Hasni Mohamad.

Teguran itu dibuat selepas Mohd Puad melalui hantaran di Facebook mempersoalkan teguran bekas Menteri Besar Johor itu terhadapnya.

Pemilik akaun Zamani Bari II mempertikaikan hantaran Mohd Puad dengan berkata: “Isu cmni pon nak post ke??? alahai…

Latip Abu Bakar pula menulis: “Baru naik dah nak berperang…nasib la.

”Macam budak-budak,” kata pemilik akaun Dyla Azly.

Manakala Tok Hisyam berkata: “Rilex ar baru jadi speaker dah cepat goyanh”.

Ariff Zaky pula mengkritik dengan berkata: So unprofessional speaker dewan tegur atau share pandangan begini. Sgt byk cara komunikasi tmbah2 hanya utk mklum pada seorang.

”Buat apa diheboh-hebohkan dlm ni Dr Puad Zarkashi jangan mencari perbalahan umum selesaikan sahaja secara keluarga dlm UMNO itu lebih bijak,” kata RZ Ahmad.

Dalam hantaran itu, Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit mempersoalkan Hasni yang menuduhnya menghina DUN.

”Apa yang saya hina? Dia ada dalam Dewan. Dia mendengar apa yang saya kata.

”Saya mengingatkan kepada titah nasihat Tuanku Sultan Ibrahim ketika pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14.

”Tuanku bertitah, “Jangan cemarkan dewan ini dengan perangai buruk, ini adalah dewan mulia bukan dewan sangkar beruk,” titah baginda,” katanya.

Soal Mohd Puad lagi, apakah mengingatkan nasihat murnii itu satu penghinaan (derogatory)?

“Saya hanya menambah, “Kita memikul tanggungjawab sebagai pembina utama sendi sendi bernegara dan berbangsa. Peliharalah nama baik bangsa Johor”.

”Apakah itu menghina? Kenapa Hasni mesti memetik daripada portal lain sedangkan dia ada dalam dewan. Apakah dia tidur dalam Dewan?

”Hasni boleh semak hansard Dewan sebelum buat komen. Sebenarnya lena dalam Dewan adalah menghina Dewan,” ujar beliau.

Terdahulu, Hasni dalam Facebooknya berkata, Speaker Dewan Negeri Johor tidak seharusnya berkata demikian, meskipun sekadar untuk mengingat.

Sebaliknya, tegur Hasni, sebagai Speaker dan Ahli Dewan Negeri, seeloknya Mohd Puad memberikan jaminan serta mengutarakan pelan tindakan bagi memperkuat institusi demokrasi negeri dalam masa terdekat.

Dalam konteks kedudukan beliau – reformasi politik, mengukuhkan kepercayaan rakyat kepada institusi demokrasi serta ahli politik adalah lebih mustahak daripada memainkan sentimen ‘derogatory’ seperti itu.

COMMENTS