Perawat kongsi tanda-tanda terkena gangguan penghalang jodoh, “Keinginan ada tapi terhalang”
Bila bercakap soal jodoh, pasti segelintir orang bujang ternanti-nanti siapakah yang akan menjadi pasangan hidup. Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk berkahwin, akhirnya hubungan itu terputus sekerat jalan.
Satu perkongsian oleh @alfaqir_ahmad yang merupakan seorang perawat Islam menceritakan beberapa tanda gangguan yang mungkin dialami menyukarkan seseorang itu untuk mendapatkan jodoh.
Melalui video yang dimuat naik di TikTok, Faqir Ahmad berkata ramai pesakitnya yang mengalami gangguan penghalang jodoh tanpa mereka sedari.
Gangguan tersebut boleh terjadi mungkin daripada sihir penghalang jodoh, saka keturunan dan gangguan jin asyik.
Katanya, sesiapa yang terkena gangguan ini usahanya tersekat sama ada ketika mahu mendapatkan jodoh, usaha dalam perniagaan gagal ataupun hubungan suami dan isteri terganggu.
Antara tanda gangguan sihir penghalang jodoh adalah seseorang itu bermimpi isyarat gangguan, usaha untuk mencari jodoh tidak kesampaian atau tiada rasa untuk berpasangan.
Usaha untuk mencari jodoh gagal, maksudnya tak kesampaian. Atau anda tiada rasa untuk berkahwin.
Keinginan ada, tapi terhalang. Atau ada keinginan tapi orang nampak anda pelik terutamanya keluarga.
Selain itu, gangguan tersebut akan memberi kesan kepada fizikal badan si pesakit apabila dia mengalami sakit badan seperti sakit perut.
Bukan itu sahaja, kesukaran untuk tidur juga merupakan salah satu tanda terkena gangguan sihir penghalang jodoh, selalu ternampak kelibat orang yang tidak dikenali dan gangguan yang lain.
Perawat itu menasihati orang ramai terutamanya kepada orang yang sedang ikhtiar mencari jodoh untuk segera mendapatkan rawatan jika sedang mengalami tanda gangguan tersebut.
Jangan tunggu lama-lama. Mandi bunga bukan sahaja pilihan yang ada untuk selesaikan masalah penghalang jodoh.
Pandangan kita, aura tertutup kena mandi bunga. Perlu juga ke arah rukyah dan rawatan Islam untuk memastikan gangguan itu pergi.
@alfaqir_ahmad Semoga memberi manfaat untuk semua ☺️🤲🏻 #ramadan #sihir #santau #rawatanislam #fyp #jangantakut #saka
Menjengah di ruangan komen, ada segelintir netizen yang menyedari mereka terkena sihir ini apabila sukar untuk mendapatkan jodoh.
Kadang benda macam ni kita tak sedar..