Perak wajibkan taska pasang CCTV untuk elak kes penderaan

Perak wajibkan taska pasang CCTV untuk elak kes penderaan

 

Sejak kebelakangan ini, kita dapati tular beberapa video yang memaparkan kekejaman pengasuh terhadap anak jagaan. Hal ini telah menimbulkan kerisauan ibu bapa akan keselamatan anak mereka.

Kerajaan negeri Perak kini mewajibkan pemasangan kamera CCTV di semua taska di negeri tersebut. Hal ini sekaligus mahu mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti penderaan berlaku.

Dalam usaha menggelakkan sebarang kes-kes penderaan atau pengabaian, pemasangan CCTV ini diwajibkan oleb kerajaan negeri untuk semua pengendali taska berdaftar.

Perlaksanaan ini diwajibkan untuk semua taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat kecuali yang beroperasi di rumah. Di Perak sahaja, terdapat sekitar 225 taska berdaftar buat masa ini.

Mana-mana pengusaha yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012, boleh dikenakan tindakan oleh JKM.

Sebarang pelanggaran terhadap arahan ini juga boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan, termasuk menutup sementara, kompaun, pendakwaan, pembatalan perakuan dan lain-lain.