Perak Tengah jadi daerah baru dilanda banjir, meningkat 359 orang

Perak Tengah jadi daerah baru dilanda banjir, meningkat 359 orang

Daerah Perak Tengah merekodkan 359 mangsa daripada 100 keluarga setakat jam 6 pagi tadi dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menjadikan 4 PPS dibuka di daerah itu setakat ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak, berkata jumlah itu meningkat berbanding semalam iaitu 350 mangsa daripada 97 keluarga.

Katanya, PPS yang dibuka di Perak Tengah iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Tanjung Aur, Bota Kiri menempatkan sembilan mangsa daripada tiga keluarga yang terjejas di Kampung Tanjung Aur.

“Bilangan mangsa yang ditempatkan di tiga lagi PPS membabitkan dua daerah kekal sama, iaitu masing 334 mangsa membabitkan 92 keluarga bagi daerah Hilir Perak dan 16 mangsa membabitkan lima keluarga di daerah Hulu Perak,” katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/773695/mangsa-banjir-di-perak-tengah-meningkat-359-orang