Perak FC sekadar seri di tempat sendiri

Perak FC sekadar seri di tempat sendiri

Hasrat tuan rumah Perak FC mengutip tiga mata penuh berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak kesampaian selepas mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium Perak, sebentar tadi.

Aksi babak pertama menyaksikan pasukan tuan rumah kendalian Chong Yee Fatt mendominasi permainan dengan mencipta beberapa peluang termasuk dua percubaan pada 10 minit permulaan menerusi Leandro Dos Santos dan Guilherme De Paula namun berjaya dinafikan penjaga gol lawan, Mohd Shahril Sa’ari.

Bagaimanapun skuad The Bos Gaurus perlu menunggu hingga babak kedua untuk meledak gol pembukaan.

Tandukan menerusi pemain naturalisasi De Paula pada minit ke-57 yang menerima hantaran daripada Careca memastikan Perak di depan.

Sebaliknya, pelawat menyamakan kedudukan di hujung aksi perlawanan menerusi tonggak import mereka, Kpah Sherman pada minit ke-78 untuk mengikat kedudukan seri sehingga tamat perlawanan. – HM