Perak FC sekadar seri di laman sendiri

Perak FC sekadar seri di laman sendiri

Perak FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan berdepan Petaling Jaya (PJ) City FC, di Stadium Perak, Ipoh, sebenar tadi.

Malah pelawat yang dibarisi 100 peratus pemain tempatan nyata berjaya memberi tekanan dan menguasai perlawanan pada aksi sulung kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super.

Beberapa percubaan tuan rumah menerusi usaha dilakukan pemain naturalisasi ketiga negara, Guilherme De Paul juga gagal memecah kebuntuan selepas tonggak serangan Perak FC itu dikawal ketat barisan pertahanan PJ City yang dibimbing P Maniam.

Sementara itu, dalam aksi Liga Perdana pula, Sarawak United menewaskan Kelantan United, 2-0.

Christie Jayaseelan membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-12 sebelum tonggak import, Uche Agba menyempurnakan penalti pada minit ke 23 permainan. – HM