“Aku bukan penyondol yang biasa-biasa macam Sophia Albarakbah tu” – Sharifah Sakinah
“Aku bukan penyondol yang biasa-biasa macam Sophia Albarakbah tu” – Sharifah Sakinah
Pelakon, Sharifah Sakinah tampil bersuara selepas karakternya dalam drama Curang Tanpa Niat dilabel sebagai penyondol tua.
Sakinah menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya menjelaskan, karakter yang dibawanya iaitu Astrid merupakan seorang wanita penggoda berusia 48 tahun.
“Saya ini pelakon berkarakter, dalam cerita ini saya kenalah ada karakter, saya bukan penyondol yang biasa biasa macam Sophia Albarakbah tu.
“Dalam cerita ini umur saya 48 tahun. Sebab itu mereka kena nampakkan saya tua. Korang faham ke tidak?” ujarnya tegas.
Dalam video yang sama, Sakinah berkata sebagai seorang pelakon dia harus memenuhi tuntutan dan menjiwai karakter yang diberi termasuklah dari segi solekan.
“Kalau saya jadi pontianak betul betul saya hodohkan gigi saya macam gini. Ini kalau dah saya jadi macam ini, memanglah make up saya macam ini.
“Selepas ini cerita saya jadi umur 18 tahun, koranh tengoklah muka saya 18 tahun. Muka saya ini bonus korang tahu tak. Dalam cerita ini saya 48 tahun,” katanya.
Terdahulu, seorang individu memberikan komen mengatakan watak Astrid tidak sesuai dibawakan oleh Sakinah kerana kelihatan berusia.
“Benci tengok, pelakon penyondol tua, tak kena dengan hero,” tulis individu itu.
@bambamstudiosofficial Tu dia @Sharifah Sakinah Hemma Fit dah bersuara… Jom Usha drama CURANG TANPA NIAT (The Office Wife) – Setiap ISNIN – KHAMIS, 10 MALAM di Astro Ria, On Demand dan strim Astro Go. Boleh layan di mana mana saja, bila – bila masa! JJomUshaAAstroGoO#OnDemandCCurangTanpaNiatCCTNmmegadramaaastromalaysiassookamalaysiabbambamstudiosmmalaydramattrendingAAstroBaharuDDramaTikTokssembangentertainmentddramaviralf#fypシSembangMovieBBamBamStudiosKKongsiBersamaKongsiCerita