Penyokong Perak rayu Sultan Nazrin pertimbang jadi pemilik Perak FC

Penyokong Perak rayu Sultan Nazrin pertimbang jadi pemilik Perak FC

Penyokong bola sepak pasukan Perak harini memohon Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mempertimbangkan untuk menjadi pemilik baru Perak FC selepas Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Rizal Ali Naizali meletakkan jawatan lewat malam tadi selepas penyokong melihat sudah tidak relevan lagi CEO Perak FC itu untuk kekal berada dalam pasukan.

Pasukan Perak dilihat mengalami kemerosotan prestasi di tahap yang membimbangkan ekoran kegagalan FC melunaskan gaji yang tertunggak malah kenyataan di media yang bercanggah dengan situasi sebenar di alami pemain lebih memburukkan keadaan. Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) sebelum ini turut dilihat memainkan peranan penting dalam tekanan yang diterima Perak FC kerana segala bentuk dana dikhabarkan harus melalui PAFA dahulu sebelum diterima di Perak FC.

Ketika ini, hanya ada 1 jalan untuk menyelamatkan pasukan dengan pengunduran kesemua pemimpin yang mentadbir Perak FC sebelum sesuatu yang lebih tegas perlu diambil tindak pada PAFA ketika kongres persatuan itu yang dijangka diadakan pada pertengahan Jun 2021 nanti. Penyokong & peminat melihat kehadiran Sultan Nazrin sangat diperlukan ketika ini bagi membina semula pasukan & menyakinkan pelabur untuk melabur di Perak FC.

Sementara itu calon2 lain seperti bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, bekas setiausaha PAFA dan pengurus pasukan Perak 2017/2018 Ahmad Shahrul Azhar Sofian turut dikaitkan untuk berada bersama sama kebawah duli bagi penstrukturan semula Perak FC Selepas pasukan ini dilihat sudah hilang keyakinannya dan pemain sudah tidak ada hala tuju bagi baki saingan Liga Super untuk musim 2021

Untuk rekod Perak kembali ke landasan juara pada 2018 setelah berjaya muncul sebagail juara Piala Malaysia selepas 18 tahun menunggu hasil dari pengemaskinian semula PAFA pada 2017/2018 dibawah pentadbiran Presiden PAFA ketika itu Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Dato’ Sharul Zaman Yahya dan Ahmad Shahrul Azhar selaku setiausaha PAFA.

Kami di SR mewakili suara penyokong memohon kebawah duli jika sudi lah kiranya mempertimbangkan cadangan ini demi kemajuan bolasepak negeri Perak tercinta, atau mungkin ini adalah hadiah istimewa untuk ulangtahun bolasepak Perak yang ke 100 tahun

Sembah patik mohon diampunšŸ™
IN SHAA ALLAH

SR