Penyokong desak ‘ahli politik’ dalam Pengurusan Perak FC ikut jejak Rizal Ali

Penyokong desak ‘ahli politik’ dalam Pengurusan Perak FC ikut jejak Rizal Ali

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya…. Begitulah yang berlaku pada individu2 politik dalam kronologi kejatuhan pasukan bolasepak Perak sehingga membawa kepada penghijrahan ketua pasukan Shahrul Saad ke JDT & beberapa pemain lagi yang dikhabarkan kini sedang melakukan rundingan dengan pasukan baru.

Terbaru, lewat malam tadi Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Rizal Ali Naizali telah mengumumkan perletakan jawatan beliau ekoran insiden yang berlaku di Stadium Perak selepas Perak tewas kepada pasukan Sri Pahang 2-3. Mengikut rekod, Rizal pernah terlibat dalam urusan pentadbiran pasukan PKNP sebelum pasukan itu juga turut gulung tikar.

“Kalau kata bola sepak memerlukan RM2 juta sebulan, takkan nilai ini anda letakkan kepada kerajaan negeri untuk menanggungnya. Ini tidak adil”

“Sebab, ia duit rakyat, bukan duit PAFA atau pungutan tiket. Duit cukai ini saya perlu bagi balik kepada rakyat.”

Benar, tapi ianya menampakkan seolah pemain2 ini sedang meminta minta sesuatu yang tidak sepatutnya sedangkan pemain2 tersebut hanya menuntut hak mereka.

“Kita nak pemain yang ada ‘jiwa’ dengan Perak. Kalau rasa nak keluar main dengan pasukan lain sebab tak dapat gaji dua bulan, kita tak akan halang. Pemain sedia ada ini pun kalau nak berhijrah kita tidak akan halang kerana kita nak ‘jiwa’ dia (pemain) dengan negeri Perak”

“Malah, kita juga bertanya kepada mereka siapa yang mahu bermain dan siapa yang tidak mahu bermain (menentang Sri Pahang FC), di Stadium Perak, esok (malam ini)”

Kambing betul !

Sepatutnya orang yang berpendidikan tinggi seperti Datuk Sham Mat Sahat tidak perlu la bercakap secara umum begitu, mungkin beliau sudah terbiasa bercakap dirumah, malah juga sebenarnya peminat pun tak mengenali beliau, sehingga ada yang bertanya apa jawatan beliau dalam pasukan, beliau mungkin hanya menonton perlawanan membabitkan Perak di rumah sahaja atau di kedai mamak, sebab tidak pernah nampak

Silver Retro