Penyewa bingung dituduh jadi punca cat dinding menggelembung, pemilik homestay tahan deposit 2 hari
Untuk mereka yang dah biasa pergi menginap di mana-mana penginapan semasa travel, pastinya korang tahu yang kebanyakan penginapan akan meminta bayaran deposit sebelum tetamu dibenarkan untuk mendaftar masuk dan ianya akan dipulangkan sebaik sahaja tetamu daftar keluar dan tiada kerosakan atau kehilangan barangan berlaku.
Pun begitu, ada kalanya pemilik penginapan persendirian ni kadangkala mempunyai pelbagai helah licik untuk ‘menahan’ deposit tersebut seperti satu kes yang dikongsikan di Facebook baru-baru ini.
Menurut penyewa, perkongsian yang dilakukan itu bukanlah untuk memalukan pihak homestay di Pulau Pinang tersebut, sebaliknya ingin mencari jawapan kepada punca kerosakan dinding seperti yang didakwa oleh pemilik.
Tambah penyewa itu lagi, mereka sendiri tidak menyedari tentang perkara tersebut selain tidak mengetahui kawasan mana yang rosak kerana dia dan keluarga hanya menggunakan penginapan tersebut untuk tidur.
Pun begitu, menurut perbualan antara penyewa dan pemilik, pihaknya perlu memanggil kontraktrok untuk mengenal pasti punca kerosakan dinding dan sementara itu, wang deposit terpaksa di ‘hold’ sementara waktu.
Tidak kurang juga antara mereka yang memberi peringatan kepada penyewa, khuatir pemilik homestay ada niat untuk memerangkap individu berkenaan demi mengaut keuntungan mudah