Penyanyi lagu ‘Bea Sobar Bea’ akui terpaksa menyanyi dalam keadaan ‘takut-takut’ di Kelantan

Penyanyi lagu ‘Bea Sobar Bea’ akui terpaksa menyanyi dalam keadaan ‘takut-takut’ di Kelantan

 

Penyanyi lagu Bea Sobar Bea, Eda Ezrin akui rasa takut-takut untuk bernyanyi di negeri sendiri walaupun banyak lagunya telah menaikkan loghat Kelantan.

Menurut Sinar Harian, Eda atau nama sebenar Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail berkata dia faham situasi di Kelantan yang tidak membenarkan wanita membuat persembahan di khalayak ramai.

“Situasi itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus menyanyi. Bakat ini merupakan punca rezeki kepada saya.

“Alhamdulillah, walaupun di Kelantan sukar tetapi saya ada menerima jemputan di seluruh negara sehingga tidak menang tangan,” katanya.

Menurut Eda, namanya melonjak naik selepas lagunya ‘Cinta Setandang Pisang’ yang dinyanyikan bersama Den Manjo menjadi popular.

Malah menurut penyanyi berusia 30 tahun itu, dia juga telah menjuarai Carta Muzik TikTok Malaysia yang sekaligus mempopularkan loghat Kelantan.

Dalam pada itu, penyanyi yang sudah berkecimpung dalam industri seni itu turut berkata dia akan mengadakan persembahan di Brunei pada bulan Oktober ini.

Selain itu, Eda turut memaklumkan dia akan muncul dengan lagu baharu tidak lama lagi bersama Man Khan serta Adek Wanie disamping turut sama menyanyikan lagu solo.

Eda turut menyatakan buat masa sekarang dia sedang sibuk membuat ‘review’ produk kecantikan dan makanan sebagaimana yang diminta oleh pelanggan.

Sekadar info, Eda pernah popular dengan lagu Adik Jando Abe Dudo duet bersama Den Manjo, Boya Darat (duet bersama Nadieya) dan banyak lagi.