Penyanyi ‘baru nak up’ dakwa hampir dicabul vokalis kumpulan Indie

Penyanyi ‘baru nak up’ dakwa hampir dicabul vokalis kumpulan Indie

 

Seorang penyanyi perempuan yang baru saja memasuki tahun ketiga bergelar artis mengakui bahawa dirinya hampir dicabul. Biar betul?

Menerusi laporan Boom, si pelaku yang ingin melakukan perkara terkutuk itu juga merupakan seorang budak baru nak up (BBNU). Pergh! Gatal sangat dah tu.

Pada awalnya, penyanyi perempuan berkenaan dikatakan suka akan lelaki terbabit yang juga merupakan vokalis bagi sebuah kumpulan indie.

Ada juga laporan yang mengatakan mereka berdua menuntut di sebuah institusi yang sama.

Walaubagaimanapun, remaja perempuan berkenaan hanya maklumkan kepada syarikat pengurusan dan tidak mahu melaporkan kejadian ini kerana takut.

Korang rasa siapa si pelaku dan siapa hampir jadi mangsa ni?