Penyampai radio dihujani kecaman selepas video Tiktok ketawakan guru tular

Seperti yang ramai sedia maklum, bermula 17 Februari yang lalu pihak kerajaan telah melancarkan DidikTV sebagai wadah buat para pelajar mengikuti sesi P&P dengan lebih mudah dan efisien terus daripada rumah masing-masing.
Sesi yang diharapkan mampu memberi kemudahan kepada para pelajar nampaknya telah menjadi bahan ketawa seorang pengguna media sosial apabila turut memuat naik reaksi beliau yang penuh dengan gelak tawa terhadap seorang guru yang berbahasa Inggeris sewaktu mengajar mata pelajaran Sains.
This ladies and gentlemen; is a moron. pic.twitter.com/YnhuxPDgnc
— Majnun (@amer_aljeffrey) February 19, 2021
Tidak hanya ketawa secara keterlaluan, lelaki ini juga dilihat mempersenda cara sebutan guru yang menjadi pengajar di DidikTV ini. Tindakan lelaki ini yang dikatakan seorang penyampai radio di sebuah stesen radio ternama nyata kurang disenangi netizen.
Menurut perkongsian seorang seorang netizen yang juga seorang guru, tindakan guru berkenaan untuk menyebut perkataan satu persatu adalah tepat memandangkan pengajaran yang dibuat disasarkan buat pelajar tahun 2.
I know she can’t perfectly pronounce few words but that doesn’t mean people can mock her. It’s Science class, not English Language class. There’s a room for improvement. Imagine how tired she is teaching students from her own school and delivering for DidikTV as well?
— ᵉᵉᵖᵃ (@eepapoppins) February 19, 2021
Tambahnya lagi, cara sebutan guru ini bukanlah suatu isu yang besar kerana subjek yang diajar bukanlah mata pelajaran Bahasa Inggeris sebaliknya adalah subjek Sains. Berikut kami kongsikan beberapa lagi komen netizen berikutan video yang dimuat naik lelaki ini.
This is terrible. I wish people are smart enough to identify the actual problem and blame the MOE, and MOE alone. They had 1 year to figure this out
— Inbaraj 💙 (@Inbarajs) February 19, 2021
Even worse, takde pun apology statement coming from him after this video. Takat delete video je pastu act like nothing happen. https://t.co/rvkyoPO2VZ
— Dik Cerdas (@AizatSays) February 19, 2021
This kind of public shaming is unacceptable.
Ur laughing not do any contribution at all to nation. https://t.co/GprTMNsgiO— zax (@zaxaziz) February 19, 2021
Setakat ini, lelaki ini telah membuang video yang dimuat naik di TikTok selepas menerima kecaman netizen berikutan tindakan beliau yang keterlaluan. Diharap orang ramai lebih berhati-hati selepas ini agar lebih sensitif sebelum menghasilkan konten untuk tontonan ramai. – TV