Penuntut UiTM dedah terima gangguan seksual dari pensyarah miang, minta jawab kaji selidik lucah sambil onani

Penuntut UiTM dedah terima gangguan seksual dari pensyarah miang, minta jawab kaji selidik lucah sambil onani

 

Isu gangguan seksual bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan oleh mana-mana pihak dan setiap kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa haruslah diambil serius demi membendung gejala ini dari terus berleluasa.

Pun begitu, baru-baru ini seorang gadis @awwinnn_ di Twitter mendedahkan bahawa setahun yang lalu dia telah menerima gangguan seksual dari pensyarahnya.

Laporan mengenai kes itu telah dibuat kepada polis, namun sehingga sekarang masih tiada jawapannya.

Pensyarah minta buat soalan kaji selidik lucah? 

Menurutnya, semua ini bermula apabila dia menghantar pesanan Whatsapp kepada pensyarahnya untuk bertanyakan mengenai assignment.

Walau bagaimanapun, pensyarah berkenaan meminta dia menjawab soalan kaji selidik yang kalau dilihat pada soalannya ia berunsur lucah.

Menurutnya, ketika menjawab soalan tersebut dia hanya bersangka baik dengan pensyarah tersebut memandangkan banyak kes sexual harassment berlaku semenjak dua menjak ini.

Namun perkara ini bertambah buruk apabila pensyarah mula membuat panggilan telefon dan bertanyakan soalan ‘kotor’ serta mengajak melakukan onani.

 

Alami trauma, pelajar kumpul bukti dan buat laporan

Tambah @awwinnn_ lagi, setelah menyedari dirinya menerima gangguan seksual dan trauma akibat kes itu, dia bercadang untuk mengumpul bukti yang mana kemudian membuat laporan polis.

Dakwanya, pihak polis juga sudah menerima segala bukti kes termasuklah telefon pintar dan sim card yang digunakan untuk proses forensik.

Namun setelah setahun berlalu sampailah sekarang, masih tiada update berkenaan kes tersebut dan pihak polis hanya memberi jawapan analisis forensik masih belum siap.

Jelas @awwinnn_ lagi, dalam video tersebut, dia telah membuat dua laporan polis terhadap pensyarah tersebut.

Lelaki itu juga pernah datang ke rumahnya untuk meminta dan menarik balik laporan polis tersebut.

Malahan, pelajar terbabit juga telah memuat turun rakaman suara pensyarah tersebut memintanya menarik balik report itu.

@fazzuinnn

Replying to @Fai 🥰

♬ original sound – Fai – Fai

Dalam rakaman suara tersebut pensyarah itu berjanji tidak mengulangi perbuatannya itu.

“Farah saya berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut, saya berjanji atas nama ALLAH.

“Sedangkan Nabi ampunkan umat, ALLAH maha pengampun. Saya tidak menyimpan dendam pada Farah,” katanya.

Farah juga mendakwa pensyarah tersebut masih mengajar di universiti sama dan tiada tindakan dikenakan terhadap lelaki itu.

Bercakap kepada LM, gadis ini juga berkata kertas siasatan mengenai kesnya itu masih lagi di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) polis sahaja.

Dia yang baru menamatkan pengajiannya pada Mac lalu juga telah dihubungi pihak universiti berkaitan hal ini. Namun menurutnya, pihak universiti hanya bertanyakan mengenai sama ada kes ini telah digugurkan ataupun tidak.

Katanya lagi, kes ini masih lagi berjalan dan dia sudah bertanyakan kepada pegawai yang bertugas untuk mengesahkan status kesnya itu.

Apa-apapun diharapkan pihak berwajib dapatlah berbuat sesuatu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pelaku. Isu seperti ini tidak harus dipandang enteng kerana bimbang banyak lagi kes begini berlaku.