Penunggang motosikal layan selekoh secara berbahaya ditegur netizen

Penunggang motosikal layan selekoh secara berbahaya ditegur netizen

 

Sesiapa yang sering menggunakan laluan Genting Sempah, sudah pasti akan terjumpa dengan beberapa pengguna jalan raya yang kurang sensitif dengan memecut laju di jalan tersebut umpama berada di litar lumba.

Pada awal pagi semalam, ada sebuah motosikal dirakam nyaris menyebabkan kemalangan apabila penunggangnya memotong masuk ke lorong kanan walaupun jarak kenderaan dengan motosikal kurang beberapa meter sahaja.

 

Bermula saat ke-14, motosikal itu yang berada di lorong tengah mula mengambil selekoh masuk ke lorong kiri. Kira-kira 10 saat kemudian, penunggang motosikal itu terus membelok masuk ke lorong kanan walaupun sudah tahu ada kenderaan di belakangnya sedang menuju ke hadapan.

Kejadian yang berlaku di lebuh raya kawasan Genting Sempah itu telah menarik perhatian warganet yang cukup bimbang dengan cara penunggang terbabit membawa motosikalnya.

“Dekat sini memang ramai rider layan corner. Mereka ini jenis suka pintas depan kereta macam ini la. Apa dia pikir kereta bergerak ke belakang ke?” tegur salah seorang netizen selepas menonton video tersebut.

SUMBER GAMBAR: DASHCAM OWNERS MALAYSIA

SUMBER GAMBAR: DASHCAM OWNERS MALAYSIA

SUMBER GAMBAR: DASHCAM OWNERS MALAYSIA

SUMBER GAMBAR: DASHCAM OWNERS MALAYSIA

Tambah orang ramai lagi, sudahlah di atas motosikal itu ada pembonceng dibelakangnya, ditambah pula dengan penunggang itu ‘seronok’ melayan corner boleh menyebabkan motosikal itu tidak stabil dan berkemungkinan kedua-duanya boleh terjatuh di atas jalan raya.

Justeru, warganet meminta agar sesiapa yang memandu atau menunggang motosikal di kawasan itu agar sentiasa membawa kenderaan dengan berhati-hati dan berhemah bagi mengelakkan kemalangan.