Peniaga kuih dicari polis siasatan kes rogol

Peniaga kuih dicari polis siasatan kes rogol

 

Polis sedang mengesan seorang peniaga kuih di Chukai di sini bagi membantu siasatan kes rogol di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, lelaki tersebut, Mohd Arifin Syafie, 56, disyaki terlibat dalam kes rogol di sini, baru-baru ini.

“Kita telah mengesan suspek di sekitar daerah ini termasuk mencari di kediamannya di Jalan Dato’, Kampung Gong Pauh, Chukai, namun tidak berhasil.

“Kita percaya suspek telah menyembunyikan diri di luar Terengganu selepas mengetahui dia dikehendaki polis,” katanya memetik Utusan.

Hanyan memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya meminta kerjasama daripada orang ramai serta ahli keluarga suspek untuk memberikan kerjasama kepada pihak polis dan tampil menyalurkan maklumat berkenaan suspek.

Menurutnya, orang ramai yang mengenali dan mengetahui di mana suspek berada boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Azmi Abdul Aziz di talian 014-5451969 atau menghubungi balai polis berhampiran.