Peniaga bundle tertidur ketika live FB, ‘viewers’ terus mencanak naik!

Peniaga bundle tertidur ketika live FB, ‘viewers’ terus mencanak naik!

Ketika ini, kita dapat lihat ramai peniaga-peniaga bazar ataupun kedai mengambil inisiatif dengan melakukan live di Facebook untuk mencari pelanggan.

Antara yang sering melakukan jualan secara live di Facebook adalah peniaga bundle kerana lebih mudah untuk mendapat pelanggan yang sudi membida barang jualannya.

Tertidur semasa live FB

Namun begitu, menerusi video yang tular di Twitter, seorang pengguna telah memuat naik satu video seorang lelaki yang tertidur ketika melakukan live Facebook dan ditonton hampir 2,000 viewers.

Kesian pulak tengok tertidur

Apa yang menarik, lelaki tersebut turut berdengkur dan ramai yang mulai bersa kasihan serta meminta sesiapa yang mengenalinya untuk menghubungi peniaga tersebut bagi menutup live di Facebook.

Walaupun ramai yang berasa terhibur dengan momen tidak disengajakan itu, ada juga yang bersimpati dengan usaha gigihnya mencari pendapatan sehingga tertibur.

Mesti pelik bangun2 viewers ribu2

Abang ni dah bangun ke belum?

Cabaran peniaga buat live FB

Sumber: OMM, 1mrn23