Peniaga bundle mengamuk kena scam dengan penganjur & influencer TikTok

Peniaga bundle mengamuk kena scam dengan penganjur & influencer TikTok

 

Semalam kecoh di media sosial apabila ramai peniaga pakaian bundle mengamuk apabila mereka tidak dibenarkan untuk berniaga di The Mines Sri Kembangan walaupun telah membayar sewa tapak untuk event Calm X.

Menerusi perkongsian media sosial, para peniaga pakaian bundle tersebut telah siap membuat persiapan untuk mula menjual tetapi tiba-tiba pegawai dari Majlis Perbandaran Subang Jaya telah datang dan mengatakan bahawa event tersebut tiada permit serta mereka perlu mengemas barangan serta merta atau barangan akan dirampas.

@thrift.treasureusa

#fypシ゚viral

♬ original sound – My Private Tiktok – Kelsey’s Glamshades Cosmetics

@thrift.treasureusa

#fypシ゚viral #bundle

♬ original sound – Thrift treasure USA🇺🇸🦅 – Thrift treasure USA🇺🇸🦅

@puteriraniaa

sian semua vendor nak meniaga tapi kena macamni ☹️

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Shira Kun

@mahbundlezcom

Ya Allah betapa kesiannya salah satu seller yg terkena scam event bundle di The Mines td. Bukan sikit mat modal dia. Hampir RM60k bukan senang nak cari duit sebesar itu. Semoga semua seller yg terlibat dipermudahkn segala urusan termasuk @jttstoremy 🤲 #fyp #fypmalaysia #bundlemalaysia #fypシ

♬ original sound – MAH BUNDLEZ COM – MAH BUNDLEZ COM

Lantaran itu, para peniaga berasa tidak puas hati dan teraniaya, lalu mereka mahu mendapatkan penjelasan daripada pihak penganjur. Pada awalnya, mereka menyangka ianya adalah event Aiman Tak Kesah, seorang influencer TikTok tetapi rupanya Aiman hanyalah duta untuk promosikan event terbabit.

Difahamkan, peniaga-peniaga tersebut menuntut pihak penganjur untuk membayar kembali wang dan kerugian mereka kerana banyak modal telah dikeluarkan. Malah, ada juga peniaga yang masih tidak dapat memahami situasi yang berlaku dan berasa pelik ke mana wang yang dibayar mereka telah hilang.

Mana tidaknya, lokasi event pun tidak dibayar penuh dan duit dalam akaun bank penganjur pun tidak ada. Malah, event ini dilihat gagal kerana tidak dapat dianjurkan, tiada permit dan juga tiada marketing sewajarnya dimana hanya mengharapkan promosi daripada seorang duta sahaja.

Justeru kekacauan event ini, ada yang mendakwa Bundle Expo adalah penganjur event ini dan dalam satu kenyataan di Instagram, Bundle Expo menafikan hal tersebut.

Malah, pihaknya berharap agar penggunaan nama Bundle Expo dalam perkongsian berkaitan isu terbabit dapat dihentikan demi menjaga keamanan dan reputasi para peniaga serta mengelak salah faham antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, penyelesaian kes ini masih belum diketahui dan orang ramai dilihat berasa kasihan dengan nasib para peniaga serta berharap mereka akan dapat keadilan yang sewajarnya.