Peniaga bazar jalan TAR mengamuk, maki DBKL selepas khemah dilanda ribut

Peniaga bazar jalan TAR mengamuk, maki DBKL selepas khemah dilanda ribut
Sekumpulan peniaga bazaar Jalan TAR mengamuk dan memaki hamun pegawai DBKL kerana tak puas hati khemah niaga mereka dibadai ribut.
Tular satu video di TikTok di mana sekumpulan peniaga memarahi DBKL seleaps khemah niaga mereka tumbang kerana ribut.
Ianya berpunca daripada hujan lebat dan ribut yang kuat. Kedengaran salah seorang lelaki menyuruh orang ramai merakam dam memviralkan video tersebut.
“Buat lagi back to back [merujuk kepada susunan khemah], viralkan viralkan!”
Yang lain berkata: “DBKL tolonglah, takkan diam je?”
Kemudian sseorang wanita meraung menangis kecewa dengan amarah kepada DBKL. Ada yang membaling objek ke arah pegawai DBKL.
Sekumpulan pegawai DBKL cuba menenangkan keadaan. Namun peniaga di situ terus emosi dan menyalahkan DBKL punca khemah mereka runtuh dan menanggung kerugian.
Zainon Johan menulis: “Tragedi bazaar jalan TAR menangis. Kaedah back to back yang digunakan menjadi faktor perkara sebegini terjadi.
“Di mana hati nurani Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak menurun kan tangan untuk membantu sekadar mendiamkan diri.
“Suara peniaga langsung tidak dihiraukan pantaskah? DBKL KENA BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEMUA KERUGIAN YANG DI ALAMI OLEH PENIAGA!”
@zainonjohan
Netizen berbelah bagi pendapat tentang perkara itu. Kerana ianya dikira bencana alam, takkanlah nak salahkan DBKL. Dan ianya sudah lumrah berniaga, kadangkala menerima ujian yang tidak diduga.
Ramai kurang setuju peniaga megamuk kerana punca utama masalah tersebut adalah ribut.
Netizen lain sempat menyindir: “Takkan nak suruh pihak berkuasa halang ribut lepas tu suruh pihak berkuasa ingatkan ribut agar tidak datang atau khemah jadi tegak balik.”
Yang lain pula menyatakan: “Jika berlaku kerosakan seperti itu, bincang dengan pihak pengurusan tertinggi dengan elok elok untuk mengurangkan kerugian, mungkin minta dikembalikan semula sebahagian bayaran sewa, bukannya memarahi petugas yang bertugas menjaga kawasan tersebut.”
Seorang peniaga menasihati: “Sebagai peniaga saya faham sangat situasi ini. Modal dah keluar. Untung tak dapat lagi. Jualan kosong. Kusut kepala memikirkn. Tetapi kena akhirnya redha dengan Allah. Untung rugi semua Dia bagi. Move on dan bangkit ya.”
Ramai lagi yang menasihati peniaga peniaga tersebut berlapang dada dengan ujian daripada tuhan.
Namun ada juga yang menyokong tindakan peniaga bazaar mengamuk tersebut. Kerana menurut mereka, DBKL sepatutnya lebih baik dalam susunan khemah niaga tersebut agar tidak berada pada laluan angin.
Fyra menyatakan peniaga bazaar tersebut mengamuk kerana mereka sudah meminta DBKL mengubah susunan khemah namun tidak dilayan.
Komen tersebut segera dibalas yang lain. Susunan khemah kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Jangankan khemah, dinding stesen LRT pun boleh terbang kalaun ribut kuat, kata mereka.
Meknor serunding mempertahankan tindakan peniaga bazaar tersebut yang menyalahkan DBKL kerana menurutnya mereka sudah tahu bahawa perkara seperti itu akan berlaku, namun DBKL tak ambil pusing pandangan mereka.
@zainonjohan 11 ramadhan 2025: Tragedi bazaar jalan TAR menangis. Kaedah back to back yang digunakan menjadi faktor perkara sebegini terjadi, dimana hati nurani @Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak menurun kan tangan untuk membantu sekadar mendiamkan diri. Suara peniaga langsung tidak dihiraukan pantaskah? DBKL KENA BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEMUA KERUGIAN YANG DI ALAMI OLEH PENIAGA @Dr Zaliha Mustafa #fyp #dbkl
Komen tersebut turut dibidas netizen lain yang menyatakan, siapa yang boleh tahu bila bencana alam akan menimpa.
Seorang lagi netizen menegaskan bahawa DBKL sudah mengagihkan khemah baharu, jadi tidak adil untuk menuduh DBKL tak ambil peduli kesusahan peniaga.