Pengurusan Perak FC didakwa memang galakkan pemain utama untuk pergi?

Jangkaan penyokong sekurang-kurangnya pengurusan berusaha untuk menyelamatkan beberapa lagi baki pemain utama Perak dari berpindah sebenarnya jauh meleset dari apa yang dijangka kan. Isu gaji masih lagi menjadi perkara utama punca sebab pemain2 berstatus tinggi ini sengaja tidak dipertahankan walaupun untuk menghabiskan musim ini sekalipun.
Bertanya pada bekas2 pemain yang baru berhijrah ke pasukan baru, ketika tawaran dilakukan kepada mereka, ada wakil pengurusan datang pada pemain hanya untuk mengucapkan tahniah, malah sempat lagi beri cadangan pasukan mana yang lebih baik untuk mereka.
” Pemain2 ini kecewa tuan, kalau la mereka datang untuk memberi nasihat agar pemain ini kekal atau mungkin pujuk2 sikit, percayalah…mereka akan batalkan hasrat berhijrah, diorang ni bukan terdesak nak pindah pun, bukan setahun dua di Perak, tapi bila ada yang lebih kepada mahu mereka keluar dari pasukan, itu sahajalah pilihan yang ada ”
” Ada pemain yang berjumpa & mahu berbincang, tapi mukadimah nya kalau ada pilihan yang baik , pasukan tak akan menghalang…. Jadi apa tandanya itu? Pemain2 ni bukan kambing , kalau dah kias 2-3 kali kalau masih tak faham…. Diorang ni manusia biasa jugak ”
Semua pemain yang berumur 21 tahun mungkin akan diserap memenuhi pasukan Perak 2, pemain-pemain Perak 2 akan ke Perak 1, pasukan Piala Presiden akan dipenuhi pemain2 yang berumur 20 tahun ke bawah, Belia mungkin guna pemain pemain yang berumur 18 tahun & pemain2 lepasan SPM.
Sebab ini saja cara untuk berjimat !
Budak2 bagi RM1000 sebulan pun main separuh mati & mungkin waktu itu kita boleh lihat pemain ada JIWA beraksi
#Perak100Tahun
🤍💛🖤
SR