Pengurus bengang pemergian Tangmo Nida jadi beban, naik angin bila ramai tuding jari

Pengurus bengang pemergian Tangmo Nida jadi beban, naik angin bila ramai tuding jari

 

Meskipun sudah hampir seminggu sejak penemuan jasad artis terkenal Thailand Tangmo Nida Patcharaveerapong, namun pihak berkuasa masih lagi bertungkus lumus untuk menyelesaikannya. Malah satu persatu petunjuk baru terbongkar dengan hasil daripada bantuan netizen serta rakan-rakan artis tersebut.

Manager tetap berkeras kata Tangmo buang air kecil…Ibu tak maafkan

Kini manager kepada Tangmo iaitu Kratik menjadi perhatian ramai susulan dirinya yang berkeras dengan kenyataan wanita tersebut telah tergelincir ketika ingin membuang air kecil di belakang bot. Malah permohonan maafnya kepada ibu artis berkenaan juga tidak diterima sama sekali dan usahanya untuk membantu turut dipertikaikan.

"Mo Pergi Tapi Jadi Beban Buat Saya" -Manager Naik Angin Bila Ramai Tuding Jari 2

Anna cakap waktu Kratik jumpa dia…Kenapa dia kena tanggung segala beban?

Salah seorang kenalan baik kepada Tangmo iaitu Anna sempat menceritakan detik dimana Kratik datang merungut tentang kekecohan yang berlaku ini. Manager tersebut mengakui cukup bengang dengan pemergian pelakon berkenaan memandangkan dirinya pula yang perlu menanggung segala kesalahan dan juga beban.

"Mo Pergi Tapi Jadi Beban Buat Saya" -Manager Naik Angin Bila Ramai Tuding Jari 5

Tular pula teori mengatakan Kratik telah jual Tangmo pada orang kaya tanpa pengetahuan

Terdahulu sempat tular di media sosial, Kratik kononnya menjadi dalang utama menjual Tangmo kepada seseorang individu kaya tanpa pengetahuan artis tersebut. Kononnya bila dia menyedarinya, berlaku pertengkaran antara mereka berdua di atas bot tersebut. Walau bagaimanapun, tiada sebarang bukti dan ia juga tidak pernah disebut atau disiarkan di media serta TV.