Pengemis ini kantoi sanggup tipu jadi lumpuh, kena hujan terus sembuh!

Pengemis ini kantoi sanggup tipu jadi lumpuh, kena hujan terus sembuh!

 

Siapa menyangka hanya disebabkan hujan skim penipuan seorang pengemis yang berpura-pura bisu dan lumpuh itu akhirnya terbongkar.

Menurut portal Detik, pengemis bernama Agus Prasetyo, 53, itu menipu orang ramai di kawasan Pasar Kembang, Yogyakarta.

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Agus kelihatan berjalan seperti orang normal sebelum memulakan ‘pekerjannya’.

Apabila masuk mod bekerja, maka dengan automatik dia menjadi lumpuh dan hanya mampu menghulurkan bekas kosong untuk meminta sedekah.

Bukan sahaja lumpuh, malah dia juga memainkan watak sebagai orang bisu untuk meraih simpati.

Namun segalanya terbongkar apabila hujan tiba-tiba turun dan Agus dengan lajunya berlari untuk mencari kawasan berteduh.

Selepas hujan, dia segera kembali ke lokasi tersebut dan menunjukkan gaya yang menyedihkan.

Setelah rakaman itu tular, Polis Gedongtengen berjaya memberkas Agus.

Lelaki itu diarahkan membuat kenyataan bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan menipu orang ramai.