Pengarang Billion Dollar Whale dedah di mana Jho Low berada, “‘Sumber dari kerajaan Malaysia”

Pengarang Billion Dollar Whale dedah di mana Jho Low berada, “‘Sumber dari kerajaan Malaysia”

 

Penulis buku sensasi Billion Dollar Whale dan wartawan Wall Street Journal, Tom Wright dan Bradley Hope hari ini mendedahkan bahawa mereka mempunyai maklumat di mana orang paling dikehendaki di Malaysia, Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low kini berada.

Dalam ciapan di akaun Twitter miliknya, Wright berkongsi bahawa sebelum ini Jho Low telah dikesan berada di Shanghai Disneyland pada 2019, dan mendakwa bahawa maklumat itu datang daripada “sumber kerajaan Malaysia” sendiri.

Menurut Vocket, Wright berkongsi bahawa maklumat tambahan akan didedahkan di halaman YouTube mereka minggu depan mengenai siapakah dalang yang memberi kebenaran untuk Jho Low mengakses sistem perbankan global.

Jho Low kini hidup dalam pelarian berhubung skandal 1MDB. Dia difahamkan sebagai dalang di sebalik penipuan besar yang terjadi di negara ini. Datuk Seri Najib Razak, didakwa rakan subahat Jho Low baru-baru ini telah dipenjara 12 tahun dan diperintahkan membayar denda RM210 juta untuk peranannya.

Untuk rekod, Najib adalah bekas perdana menteri Malaysia pertama yang dipenjarakan.